ads

Saturday, August 27, 2016

TV Digital Di Sabah

Tv Digital ke Sabah.  Lokasi di Tawau dan kawasan sekitar yang
kunjungi untuk Fasa Ujian #MYTVBroadcasting #DTTMalaysia #Tawau  #TransmitterAndrassy
Nota: Untuk makluman siaran DTT oleh MYTV sekarang sedang dalam Fasa Ujian di beberapa lokasi terpilih seluruh negara.
Perkhidmatan DTT dijangka dilancarkan sepenuhnya tidak lama lagi, dan sebanyak 2 juta unit dekoder percuma akan diedarkan kepada penerima yang dipilih dari senarai yang disediakan Kerajaan. Bagi yang tidak terpilih menerima set percuma, dekoder juga akan dijual menerusi kedai-kedai elektrik di seluruh negara.
Harga dekoder adalah mampu milik dan akan diumunkan sedikit masa lagi.
Setakat ini siaran DTT menawarkan lapan saluran TV percuma iaitu TV1, TV2, TV3, NTV7, 8TV, TV9, TV AlHijrah, TVI, EnjoyTV dan Bernama News Channel (BNC). Kami di MYTV sentiasa berusaha untuk memperbaiki kualiti dan jumlah saluran yang ditawarkan. Sama-sama kita doakan semoga projek ini berjalan lancar dan semua urusan kita dipermudahkan.

1 comment:

  1. knp ayah saya,sampai skrng 01/06/2017.Masih juga belum menerima set decoder ni.Tunggu punya tunggu,takda di pos.

    ReplyDelete