ads

Tuesday, August 30, 2016

Apakah Tv Digital DTT

Televisyen Terestrial Digital (DTT) & Penutupan Siaran Analog (ASO), Negara-negara ASEAN telah menetapkan pelaksanaan ASO secara berperingkat antara 2015 sehingga 2020. Untuk memastikan penyeragaman isyarat, negara-negara yang mempunyai sempadan bersama termasuk Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia dan Brunei bersetuju menetapkan 2018 sebagai sasaran pelaksanaan ASO. 
Apakah tv digital, KEBAIKAN TV DIGITAL, KENAPA TV DIGITAL, Mytv, Tv analog tukar digital,




















Projek DTT di Malaysia adalah di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini adalah sebahagian daripada agenda nasional untuk mentransformasikan industri penyiaran negara melalui pendigitalan dengan tujuan mempertingkatkan taraf hidup rakyat ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020. Ia merupakan antara inisiatif terpenting dalam Rancangan Malaysia ke-11.

Mengapa DTT?
Dengan DTT, rakyat Malaysia akan menikmati banyak manfaat seperti kualiti gambar dan bunyi yang lebih baik, lebih banyak saluran siaran percuma, akses kepada panduan program elektronik (EPG), sarikata pelbagai bahasa, dan berkemampuan untuk menonton TV yang berkualiti HD. Penonton juga mempunyai akses kepada perkhidmatan televisyen interaktif termasuk membeli-belah di rumah, menonton video atas permintaan, dan perkhidmatan langganan dan internet terpilih. 

DTT juga membantu merapatkan jurang digital, terutama di kawasan-kawasan terpencil. Ini mampu dilakukan memandangkan DTT akan menyediakan kemudahan untuk lebih banyak kandungan dan aplikasi yang disediakan untuk penonton. Pembekal kandungan seperti penyiar televisyen tempatan turut meraih manfaat kerana mereka diberikan peluang baharu untuk memperluaskan jangkauan dan perniagaan.  

Ini adalah selaras dengan rancangan MYTV untuk menawarkan satu platform saksama yang akan memudahkan aliran pendapatan tambahan bagi semua Pembekal Perkhidmatan Aplikasi Kandungan (CASP) dan Penyedia Perkhidmatan Aplikasi (ASP) baik yang sedia ada mahupun yang baharu.  

Bagaimanakah isyarat DTT dipancarkan?
MYTV menggunakan sistem pemancaran DTT dengan format DVB-T2. Stesen pemancar dipasang di kawasan tinggi seperti puncak gunung atau menara tinggi untuk mendapatkan liputan pemancaran maksimum menggunakan gelombang Ultra High Frequency (UHF). 

Liputan siaran DTT 
Setakat ini, siaran DTT dipancarkan menerusi 14 stesen pemancar di seluruh negara, meliputi kira-kira 85 peratus kawasan berpenduduk di Malaysia. Ianya menawarkan saluran TV terestrial percuma dalam kualiti digital. 
MYTV Broadcasting komited untuk mengagihkan dua juta set dekoder secara percuma kepada penerima yang layak bagi memberi peluang kepada mereka untuk menikmati siaran digital.

Bagaimanakah caranya untuk menerima siaran DTT?
Alat penerima (dekoder) DVB-T2 keluaran MYTV Broadcasting perlu digunakan untuk menerima siaran DTT. Antena penerima perlu dipasang dan disambung pada terminal antena di panel belakang dekoder. 

Apakah jenis antena yang boleh menerima siaran DTT?
Terdapat dua jenis antena iaitu antena dalaman dan antena luaran (jenis UHF). Antena dalaman boleh menerima isyarat bagi kawasan dalam lingkungan jarak lurus kurang dari 25km dari stesen pemancar. Bagaimanapun, tidak semua kawasan dalam lingkungan tersebut boleh menggunakan antena dalaman disebabkan faktor halangan fizikal seperti bangunan, bukit serta ketinggian (altitud). 

Antena luaran (UHF)
Antena luaran adalah pilihan terbaik. Antena luaran UHF boleh menerima isyarat pemancaran bergantung kepada factor berikut:Antena dan kabel masih dalam keadaan baik.Antena dihalakan ke arah stesen pemancar.Tiada alat ‘booster’ dipasang pada antena (kebanyakan ‘booster’ tidak membantu, sebaliknya mengganggu penerimaan isyarat DTT)

Adakah alat lain selain dekoder untuk menerima siaran digital MYTV?
Siaran digital MYTV hanya boleh dinikmati melalui dekoder yang sah. Pihak MYTV tidak bertanggung jawab di atas sebarang gangguan siaran dari sumber lain. 

Bolehkah TV lama iaitu jenis CRT menerima siaran DTT?
TV CRT tersebut perlu ada terminal masukan audio video (AV Input) yang berwarna kuning untuk video, hitam/putih atau merah untuk audio (keluaran audio dan video analog dari dekoder MYTV disambung pada terminal ini). 
Untuk pertanyaan lanjut & bantuan teknikal, sila hubungi
Pusat Khidmat Pelanggan MYTV di talian 1300-80-6988

No comments:

Post a Comment